Inisiatif PT3x

PT3x ialah sebuah inisiatif yang memberikan set ujian berasaskan PT3. Ia merupakan sebuah latihan penilaian kendiri (self evaluation) untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang terlibat.

Ujian PT3x adalah terbuka kepada semua pelajar di seluruh Malaysia yang berdaftar, dan diadakan secara online. Ianya bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Inisiatif PT3x

Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membatalkan ujian PT3 pada tahun 2020, ujian PT3x ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk mengekalkan semangat cintakan ilmu dalam kalangan pelajar, khususnya pelajar-pelajar Tingkatan 3. Walau bagaimanapun, ianya bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ujian PT3x juga diwujudkan khas untuk meraikan tarikh sebenar PT3 pada tahun ini, iaitu dari 28 September 2020 hingga 8 Oktober 2020.

Ujian PT3x dijalankan secara atas talian, menggunakan platform aplikasi web atau telefon pintar.

Pelajar yang menduduki PT3x akan diberikan sijil PT3x pada Hari Pengumuman Keputusan.

Mudah

Pelajar boleh menduduki PT3x dari rumah atau sekolah masing-masing.

Online

Pelajar boleh gunakan telefon pintar (Android/iOS) atau komputer.

Sijil

Pelajar yang menduduki PT3x akan mendapat sijil rasmi PT3x.

Percuma

Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki PT3x. Ianya 100% percuma

Jadual Ujian

Untuk setiap mata pelajaran, ujian dijalankan mengikut tarikh sebenar jadual PT3 bagi subjek tersebut, seperti yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2020.

Kesemua soalan ujian adalah berbentuk objektif dan boleh diambil pada pada tarikh yang dijadualkan.

Kesemua mata pelajaran akan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kecuali bagi mata pelajaran bahasa.

TARIKH NAMA KERTAS JUMLAH SOALAN MASA
ISNIN, 28 September 2020 Bahasa Melayu- Kertas 1 40 Soalan Objektif 1 jam 30 minit
SELASA, 29 September 2020 Bahasa Inggeris- Kertas 1 40 Soalan Objektif 1 jam 15 minit
KHAMIS, 1 Oktober 2020 Matematik 40 Soalan Objektif 2 jam
Mathematics(DLP) 40 Soalan Objektif 2 jam
ISNIN, 5 Oktober 2020 Geografi 40 Soalan Objektif 2 jam
Asas Sains Komputer 40 Soalan Objektif 2 jam
Reka Bentuk Dan Teknologi 40 Soalan Objektif 2 jam
RABU, 7 Oktober 2020 Sains 40 Soalan Objektif 2 jam
Science (DLP) 40 Soalan Objektif 2 jam
Pendidikan Islam 40 Soalan Objektif 2 jam
KHAMIS, 8 Oktober 2020 Sejarah 40 Soalan Objektif 2 jam

Format Ujian

Untuk membolehkan pelajar-pelajar menduduki ujian dengan mudah, Ujian PT3x dijalankan mengikut format berikut.

Kalendar

Ujian PT3x bagi pelajar Tingkatan 3 akan berlangsung pada 28 September 2020 hingga 8 Oktober 2020 mengikut tarikh sebenar PT3.

Hari Pengumuman Keputusan PT3 adalah pada 2 November 2020.

Jika perlu, dua kertas percubaan PT3x (Kertas Percubaan 1 & Kertas Percubaan 2) juga disediakan sebagai persediaan tambahan.

TARIKH PERKARA
27 Julai 2020 Pendaftaran PT3x dibuka
25 Ogos 2020 Kertas Percubaan 1 mula dipaparkan*
20 Sept 2020 Kertas Percubaan 2 mula dipaparkan*
28 Sept - 8 Okt 2020 PT3x berlangsung (rujuk Jadual Ujian)
2 Nov 2020 Hari Pengumuman Keputusan PT3x
3 Nov 2020 E-Sijil PT3x (digital) & Transkrip Keputusan PT3x (digital) dipaparkan
9 Nov 2020 Sijil PT3x (bercetak) dihantar melalui pos*

* Kertas Percubaan PT3x & Sijl Fizikal PT3x adalah optional.
Hanya untuk pengguna Pandai Premium sahaja (tidak wajib).

Jangan Lepaskan Peluang menduduki PT3x

Ujian PT3x yang julung-julung kali diadakan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menduduki ujian berasaskan PT3.

Walaupun PT3x bukan ujian rasmi, ia memberi motivasi kepada pelajar serta memberi penghargaan atas pencapaian masing-masing dalam ujian PT3x.

  • 9
    Subjek
  • 360
    Soalan
  • 17
    jam
  • 6
    hari

Terbuka untuk pengguna aplikasi Pandai sahaja

Daftar untuk PT3x Sekarang!

Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.