Pengenalan

Ujian PT3x ialah sebuah inisiatif tidak rasmi dan diadakan khas sempena pembatalan PT3 pada tahun 2020 yang disebabkan oleh Covid-19. PT3x bukan ujian rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan bukan bertujuan menggantikan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang sebenar.

Objektif Utama

Meraikan ujian PT3 yang tidak dapat dijalankan, dan membolehkan murid Tingkatan 3 menduduki ujian berasaskan PT3. Memberi peluang pelajar mengadakan penilaian kendiri (self-evaluation) melalui sebuah pentaksiran tidak rasmi atau ’mock exam’ secara online.

Maksud “x” dalam PT3x

Dalam dunia pendidikan global, simbol “x” sering digunakan untuk menunjukkan sebuah inisiatif khas.
MITx : inisiatif online percuma dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Harvardx : inisiatif online percuma dari Harvard University.
TEDx : inisiatif independent berasaskan TED Talks.

Kelebihan

Murid-murid berpeluang untuk mengukur tahap kesediaan terhadap ujian berasaskan PT3.

Penyertaan

Ujian PT3x adalah terbuka kepada semua murid Tingkatan 3 dari seluruh Malaysia yang berdaftar.

Harapan

Memberi motivasi kepada murid serta memberi penghargaan atas pencapaian mereka dalam PT3x.

Pendaftaran

Pendaftaran dibuat secara individu. Ahli keluarga atau guru boleh mendaftar bagi pihak murid.

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar dan menduduki PT3x. E-sijil juga diberikan secara percuma.

Pendaftaran

Pendaftaran PT3x boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: Daftar Sekarang

Data Peribadi

Dengan mendaftar, ibu bapa atau pelajar bersetuju membenarkan data pelajar digunakan untuk tujuan berkaitan PT3x dan aplikasi Pandai sahaja.

Kad Pengenalan

Nombor kad pengenalan pelajar akan diletakkan pada transkrip ujian masing-masing, sama seperti kebanyakan sijil-sijil pelbagai aktiviti lain.

Nama Sekolah

Jika nama sekolah tidak dijumpai dalam senarai, sila hubungi kami. Untuk pelajar homeschool, sila pilih nama sekolah Homeschool.

Tarikh Ujian

Mengikut tarikh sebenar jadual ujian PT3: 28 September 2020 hingga 8 Oktober 2020.

Bilangan Soalan

Kertas ujian untuk setiap mata pelajaran mengandungi 40 Soalan Objektif.

Penggubal Soalan

Penggubal soalan PT3x adalah guru-guru pakar yang berpengalaman menggubal soalan ujian.

Mata Pelajaran

PT3x merangkumi 9 mata pelajaran: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik / Mathematics(DLP), Geografi, Asas Sains Komputer, Reka Bentuk Dan Teknologi, Sains / Science (DLP), Pendidikan Islam, dan Sejarah.

Pilihan Bahasa

Versi Bahasa Inggeris (Mathematics & Science) juga disediakan untuk murid-murid Dual Language Programme (DLP).

Topik Soalan

Soalan PT3x merangkumi bab & topik sehingga penghujung Tingkatan 3, berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Menjawab

Murid boleh menjawab soalan menggunakan telefon pintar (Android / iOS) atau komputer yang mempunyai akses Internet.

Jadual Ujian

Untuk setiap mata pelajaran, ujian hanya boleh diambil pada tarikh yang dijadualkan. Sila rujuk jadual ujian.

Hari & Waktu

Pada tarikh yang dijadualkan, murid boleh memulakan ujian pada bila-bila masa antara 9 pagi hingga 11 malam.

Tempoh Masa

Setelah bermula, tempoh 1 jam diberikan untuk menjawab. Pemasa (timer) dipaparkan ketika ujian berlangsung.

Persediaan

Jika perlu, Kertas Percubaan 1 & Kertas Percubaan 2 juga disediakan untuk pengguna Pandai Premium (optional).

Pengumuman Keputusan

Hari Pengumuman Keputusan PT3x dijadualkan pada 1 Oktober 2020.

Sijil Elektronik

Murid yang menduduki PT3x akan mendapat e-sijil PT3x (softcopy) & transkrip keputusan ujian (softcopy) secara percuma

Sijil Bercetak

Murid yang juga pengguna Pandai Premium akan mendapat sijil PT3x bercetak & transkrip keputusan ujian bercetak, melalui pos.

Subjek Dalam Transkrip

Transkrip akan memaparkan keputusan bagi kesemua ujian yang diambil (dimulakan) oleh pelajar. Keputusan bagi ujian subjek-subjek yang tidak diambil, tidak akan dipaparkan.

Perubahan Sijil / Transkrip

Disebabkan penyertaan yang ramai, sebarang permintaan untuk perubahan pada sijil atau transkrip tidak dapat dilayan. Sila semak maklumat pelajar sebelum ujian bermula.

Perkara Pengguna Pandai Pengguna Pandai Premium
Ujian PT3x
Ujian Percubaan PT3x 1
Ujian Percubaan PT3x 2
Sijil PT3x Sijil Digital Sijil Bercetak
Transkrip Keputusan PT3x Sijil Digital Sijil Bercetak

Masih ada soalan?

Hantarkan mesej Whatsapp kepada 018-2524143
dan kami akan membalas pertanyaan anda dalam masa 24 jam.

Terbuka untuk pengguna aplikasi Pandai sahaja

Daftar untuk PT3x Sekarang!

Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia.